Hari ni nak share bagaimana cara guna western union ni di pejabat pos. Nak collect duit kiriman dari luar negara. Sebelum ni memang tak pernah ambik tahu pun hehehe... tapi sekali ada kawan kirimkan duit dari luar negara gelabah sekejap nak pergi collect kat mana dan macam mana, puas tanya dan godek mencarinya.
Tapi sebenarnya tak susah pun, mula-mula Syafa siap pergi bank kat bandar lagi nak collect duit ni, pergi ke public bank, elok dah siap isi borang dan ambik no. sekali masa kat kaunter cek-cek nama syafa dalam sistem tu tak sama pulanya, tertinggal 1 huruf je pun nama Syafa, tapi staf bank tu cakap tak boleh kena mintak kawan yang kirimkan duit tu tukar semula.
Jadi penting ya bila orang yang kirimkan duit tu send slip tu double cek dulu tengok semua maklumat betul especially nama kita yang nak pergi collect duit tu. Nanti tak pasal-pasal kena buat kerja 2 kali.
Kemudian selepas kawan Syafa tu dah tukar dan perbetul semula maklumat tu dan dia resend slip baru kat Syafa. Kemudian adik Syafa yang seorang lagi bagitahu rupanya boleh je ambik duit tu di pejabat pos, sebab dekat pejabat pos memang ada services kiriman wang dengan western union ni.
Apa lagi mudah la kan kerjanya, tapi make sure sebelum pergi ke pejabat pos bawa :
- Kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan
Kemudian sampai di pejabat pos pastikan ambik borang ini dan isikan detail yang di minta..
yang paling penting sekali NOMBOR KIRIMAN PINDAHAN WANG (ada 10 digit semuanya) tak isi yang tu tak dapatkan nak prosesnya kan hehe...
Tak sampai 10 minit pun kalau orang tak ramai la dekat pejabat pos tu settle la urusan, dapatlah cashkan kiriman wang dari luar negara tu. Senang je kan rupanya.
Moga perkongsian ni bermanfaat, boleh share supaya dapat membantu kawan-kawan yang masih tak tahu cara nak terima kiriman duit dari luar negara ;)
Kalau dari malaysia nak pos duit keluar negara,kita kena tukar siap2 ke duit sbelum ke pjabat pos atau pejabat pos yg akan urus kn?
ReplyDeleteTak pasti pula yg ni...sebab Rasanya kalau kes ni kita pergi just isi borang & pihak pos yang uruskan yg lain..
DeleteSalinan kad pengenalan tu perlu ke?
ReplyDeleteYa..memang pihak pos minta.
DeleteNak collect duit di pejabat pos tu, dia ada had limit tak?
ReplyDelete