Set A enfullse
Sesuai untuk mereka yang mempunyai normal hingga kulit berminyak.
Disebabkan saya ni memang ada masalah kulit berminyak, saya pun cuba la set enfullse A ni ..
Dalam satu set ada 3 yang kita akan dapt.
1.purifying cleanser gel
2.purifying toner
3. Balancing moisturizer
Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan hati saya.. Siyes jatuh cinta ku dengan enfullse
First time pakai, wahhh bukan main lembut lagi rasa kulit lepas cuci. Makin lama pakai memang jatuh cinta habis lah. Memang belum sampai sebulan guna tapi perubahan ketara yang saya rasakan adalah:
*Kulit rasa lebih lembut dan tona kulit lebih sekata
*Kulit dah tak berminyak. Kalau dulu pakai baby cream pasti kulit berminyak sekilo siap berkilat. Tapi lepas guna Enfuselle, kulit memang tak berminyak especially dekat 3 kawasan tadi tu.
*Paling best, atas hidung dah licin dari masalah ‘blackhead’ & `whitehead' hehe ni yang paling seronok sekali
*Bonus lagi, sebelum ni kadang- kadang memang sekali sekala naik juga jerawat kecik sebab muka berminyak. Tapi lepas guna Enfuselle memang jerawat gatal jarang sangat naik.
Nak tahu lebih detail lagi fungsi enfullse boleh refer bawah :
1. Enfuselle Shaklee Purifying Cleansing Gel
Ge bertindak lembut menyingkirkan mekap, kotoran di wajah dan minyak berlebihan
•Bebas sabun
•pH yang seimbang
•Hipoalergenik (risiko alergik sangat rendah)
•Mencerahkan tona kulit
•Dilengkapi Vitamin E menjadikan kulit wajah terasa segar dan lembut selepas dicuci
2. Enfuselle Shaklee Purifying Toner
Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit. Merangsang dan menyegarkan kulit untuk rawatan Enfuselle
Keberkesanan terbukti secara klinikal
•Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
•pH yang seimbang
•Membantu mengawal kulit berminyak
•Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’, ginseng dan likoris untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
•Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
•Hipoallergenik
3. Enfuselle Shaklee Balancing Moisturizer
Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Mengekalkan kelembapan segera pada kulit menjadikan kulit halus dan tidak nampak berkilat dan terbukti secara klinikal
•146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
•268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
•173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari
•Mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
•Hipoallergenik
1. Enfuselle Shaklee Hydrating Cleansing Lotion
Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
•Diperkayakan dengan emolien dan Vitamin E untuk kulit yang halus, seimbang dan berseri
•Mencerahkan tona kulit
•pH yang seimbangHipoallergenik
2. Enfuselle Shaklee Hydrating Toner
Meneutralkan tindak balas Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit, melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan EnfuselleKeberkesanan terbukti secara klinikal
•Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
•pH yang seimbang
•Rumusan tanpa alkohol yang membantu menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
•Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
•Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’ dan ‘kamomil’ untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
•Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
•Hipoallergenik
3. Enfuselle Shaklee Hydrating Moisturizer
Krim pelembap tanpa minyak dan tidak melekit. Diperkayakan dengan agen pelembap untuk menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Hipoallergenik dan terbukti secara klinikal
•102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
•195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
•21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
•Kesan ketara dapat dilihat serta merta dan kekal selama 24 jam
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment