Penting ke ambil supplement????

Menurut kajian kesihatan,  pengambilan makanan seimbang adalah sangat penting. Pemakanan yang mengandungi zat dan mineral yang mencukupi menjamin kualiti dan tahap kesihatan yang optimum. Persoalannya.. pemakanan harian kita macam mana agak-agaknya….



Antara sebab-sebab kita perlu vitamin adalah :

 1.     Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2.     Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3.     Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. 

4.     Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 

5.     Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6.     Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7.     Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan. 


Disebabkan faktor-faktor diatas, amatlah penting kita mengambil supplement. Pilihlah yang selamat, berkesan dan semulajadi, Jenama Shaklee telah lebih 50 tahun berada dipasaran serta ianya natural dan safe kepada semua golongan. Diuji secara klinikal dan berkesan kepada majority yang sudah menggunakan.


Share this article:

1 comment: